1Decision Portal

1Decision Portal

Saturday, May 5, 2012

Notis Persidangan Cawangan Persiaran Bukit Jaya Bukit Antarabangsa Ampang

Pekeliling: 02/2012
Tarikh: 4hb Mei 2012
Kepada:            Semua ahli UMNO Cawangan
                        Persiaran Bukit Jaya,
                        Bukit Antarabangsa
TUAN/PUAN:
Per:
  1. NOTIS PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN DAN PERGERAKAN WANITA DAN PEMUDA PERSIARAN BUKIT JAYA BUKIT ANTARABANGSA (PBJ) 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa UMNO Cawangan Persiaran Bukit Jaya telah menerima arahan dari pihak Bahagian untuk mengadakan Persidangan Tahunan Cawangan pada ketetapan berikut:-
Tarikh:                         Sabtu, 12hb Mei 2012
Masa:                           1:00 Tengahari Pendaftaran
                                                Solat Zuhur 1.15 tgh
1.30   Makan tengahari
2.00 Mesyuarat Pergerakan
2.45 Persidangan Cawangan
Tempat:                        Restaurant ar-Ridhuan, Dataran Masjid ar-Ridhuan, Jalan Hulu Kelang, Hulu Kelang, Selangor
Tuan/Puan merupakan ahli cawangan yang berdaftar dan telah disahkan mengikut perlembagaan parti. Dari itu Tuan/Puan diwajibkan hadir bagi menjalankan dan menjayakan persidangan tersebut.
Dengan itu kami menjemput Tuan/Puan hadir ke Persidangan cawangan ini sebagaimana yang telah ditetapkan. Kehadiran Tuan/Puan itu sangat kami alu-alukan demi kejayaan Agama, Negara, Parti dan Bangsa.
Sebagai peringatan, persidangan tahunan bagi Pemuda dan persidangan Wanita akan dijalankan lebih awal (30 minit) pada hari yang sama.
Terima Kasih di atas kerjasama Tuan/Puan.

“BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT”

Ketua UMNO Cawangan Persiaran Bukit Jaya,
Bahagian Ampang
s.k.       - Fail

No comments:

Post a Comment