1Decision Portal

1Decision Portal

Wednesday, January 25, 2012

Kertas Cadangan agihan tabung bantuan bencana bukit antarabangsa

-
Kertas Cadangan agihan tabung bantuan bencana  bukit antarabangsa
Nota khas untuk kertas kedua:
Pada 8hb Februari 2009, pihak COBARA telah bercadang untuk tidak memasukkan penduduk-penduduk Athenaeum dan Wangsa Heights dalam agihan ini kerana walaupun mereka di sarankan oleh pihak berkuasa untuk berpindah, ini adalah langkah sementara dan berjaga-jaga.
Kertas ini adalah pemindahan document berdasarkan perkara di atas.

Pengenalan
Pada 6 Disember 2008, pada pukul 3.25 pagi telah berlakunya satu kejadian tanah runtuh yang telah meranapkan 14 buah bungalow, dan menyebabkan 5 kematian.Bencana ini telah juga membuat lebih kurang 2000 rumah dan anggaran 4000 orang penghuni di Taman-taman di sebelah selatan tapak kejadian terperangkap.
Taman-taman yang terlibat adalah:
1.     Bukit Mewah
                                                    i.     -Direct Hit
b.     Yang berkematian (Bukit Mewah 1)
c.      Yang tidak berkematian ((Bukit Mewah 2)
                                                    i.     -Indirect Hit
d.     Yang lain-lain (Bukit Mewah 3)
e.     Rumah yang diguna sebagai laluan alternative (Bukit Mewah 4)
2.     Impian Selatan
3.     Kyoto Gardens Condominium
4.     Taman Bukit Jaya
5.     BJ6 (BukitJayaBJ6)
6.     Dan Lain2 (BukitJaya1)
7.     Oakleaf Park (OP)
8.     Oakleaf Club
9.     4 Bungalow Persiaran Bukit Jaya
10.  Laman Oakleaf 1 & 2 (LO1N2)
11.  Bukit Utama 1 (BU1)
12.  Taman Bukit Utama 2 (TBU2)
13.  Puncak Bukit Utama 1 & 2 (PU1N2)
14.  Kondo Sinaran UKAY
15.  Masjid Baru Bukit Antarabangsa
16.  Riverdale Block B (kawasan yang telah digunakan untuk kerja-kerja bantuan)
17.  Masjid Addiniah
18.  Wangsa11 (3 buah rumah berdekatan tempat kejadian)
19.  Wangsa11 yang lain-lain (WANGSA11lain2)
Wakil-wakil penduduk telah menubuhkan satu gabungan persatuan penduduk di Bukit Antarabangsa (CoBara) pada 4 Januari 2009 dan telah mencadangkan agar agihan2 diberikan berdasarkan:
1.     Hentaman Terus (Direct Hit)
a.     Kematian
b.     Kecederaan
                                                    i.     Berat
                                                   ii.     Ringan
c.      Kerosakan Hartabenda
2.     Hentaman tidak secara terus (Indirect Hit)
a.     Kondominium
b.     Hartanah Persendirian (Landed Property) yang berpersatuan
c.      Hartanah Persendirian (Landed Property) yang tidak berpersatuan
Keadah yang digunakan untuk menganalisakan kadar kesan tanah runtuh akan didasarkan secara berskala peratus bagi tiap-tiap perumahan dan pemunya atau penduduk hartabenda Profil kesanan dan beratan faktor yang dialami oleh penduduk berdasarkan teknik ‘Analytic Hierarchy Process (AHP)’ adalah seperti berikut:

 Profil impak bagi tiap-tiap taman yang terlibat adalah seperti berikut:




Skala-skala yang di gunakan
Kerosakan Hartabenda
Tidak semua penduduk mengalami kerosakan hartabenda yang teruk.
Skala yang digunakan adalah seperti berikut:
1.     Strongly (Sangat), sebanyak 100% nilai berat di berikan
2.     Moderately (Sederhana), 41% , dan
3.     Slightly (Sedikit), 16%







Kematian







Kecederaan

Ketidakselesaan







Pernilaian
Bagi rumah yang mengalami penuruann pernilaian, skala yang berikut adalah digunakan:
1.     Devalued 100 – Penurunan harga rumah secara menyeluruh (Total loss), 100%
2.     Devalued 75 – 75% penurunan nilai, 75%
3.     Devalued 50 – 50%, 50%
4.     Devalued 25 – 25%, sebanyak 25% impak.

Saranan AGIHAN Antara yang dihentaman terus dan yang tidak
Agihan adalah disarankan berdasarkan 90% bagi mereka yang dihentam terus dan selebihnya (10%) bagi yang tidak dihentam terus.
Jumlah kutipan yang dianggarkan adalah RM170000.
Hentaman Terus




Hentaman tidak terus





Oleh Razali Husain
Bagi Pihak CoBARA

No comments:

Post a Comment