1Decision Portal

1Decision Portal

Thursday, January 2, 2014

MySIkap: Satu project yang terburu-buru?

Hari itu (30/12/2013),  saya berpeluang untuk menyaksikan 'Fisrt hand' bagaimana sistem MySikap yang digembar gemburkan sebagai sistem yang canggih lagi berprestij  yang kini akan menjadi buah mulut kepada parti yang tidak senang dengan parti pemerintah.

Apa yang kita boleh pelajari tentang sikap dari MySikap adalah sikap sesetengah pihak yang sepatutnya mahir dalam memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Pelanggan yang kita maksudkan adalah rakyat yang bertungkus lumus untuk mencari nafkah hidup.

Kalau dulu hanya mengambil masa 1/2 jam untuk memperbaharui lesen mamandu, kini mengambil masa agak lama , iaitu 4 jam untuk mendapat lesen di JPJ Wangsa Maju. Apakah pelanggan akan puas hati sekiranya dibandingkan dengan sistem memperbaharui pasport dan kad pengenalan yang hanya mengambil masa 1 jam. Sudah tentu tidak.

Saya anggarkan seramai 2000 orang pelanggan yang kecewa menunggu di Kaunter2 JPJ untuk satu hari. Sekiranya, dikira dari sudut ekonomi rakyat, kalau lah 4 jam di samakan dengan sebanyak RM50 , (kehilangan peluang atau missed opportunity) maka satu bulan rakyat akan kerugian sebanyak RM2.5 Juta sebulan atau RM 30 juta setahun. Itu baru satu kaunter.

Kalau 40 kaunter seluruh negara, maka rakyat akan kerugian sebanyak RM1.2B dari hasil penukaran sistem yang baru diperkenalkan pada  bulan November.

 Ini bermakna setakat ini , kita telah kerugian sebanyak RM5 juta hasil dari penyelidikan keperluan (atau Requirement analysis) yang tidak sistematik, syok sendiri dan tidak melalui piawaian pembangunan sistem.

Inilah akibat Kalau kita tidak ubah sikap kita walaupun kita pada lahirnya ingin memperjuangkan nasib rakyat. Tetapi kalau sesuatu kerja itu tidak di terajui oleh seseorang pegawai atau ahli politik pemerintah yang berkaliber dalam bidang IT maka apa yang kita hajati akan menjadi satu kemungkaran disebabkan kita tidak tahu bagaimana mahu melaksanakan amanah rakyat. 

Niat sahaja tidak mencukupi, kepentingannya dan ketulusan untuk melaksanakan tugas itu amat penting juga. Kita jangan jadi seperti tikus membaiki labu. Itu lah yang akan berlaku sekiranya kita membuat sistem secara syok sendiri,

Pelbagai kaedah dan ilmiah boleh dilakukan agar kita dapat meramal kepuasan pelanggan lebih awal.

Adakah sistem ini untuk memperkasakan sistem keselamatan?
Apakah satu kad yang lebih 'secured' itu perlu? Apakah criteria2 yang dikenakan kepada penilaian sistem MySikap ini?

Kita tidak nampak bagaimana dengan kad yang ada sekarang berlainan dengan yang dulu. Kaedah kematian di jalanraya semakin meningkat, dan tidak ada pulak kes penipuan yang terbabit dengan penggunaan kad lesen memandu yang lama. Kenapa tidak di sematkan kedalam IC sahaja yang terbukti servis yang lebih effisyen,

Kenapa perlu diubah suaikan sistem perlaksanaan melalu pejabat pos yang sudah sebati dan terbukti menfaatkan rakyat? Mengapa perlu ambil gambar dengan kedai yang diurusniaga bersama dengan kooperasi pekerja JPJ? Tidakkah ini satu 'conflict of interest'.

Sepatutnya, sesuatu sistem baru mesti diuji kan dengan sistem lama. Apakah ciri2 pemberian tender kepada syarikat yang membangunkan  Mysikap itu? Adakah dengan harga sahaja. Kenapa tidak kesengsaraan rakyat dalam perlaksanaan diambil kira?

Adakah ini akibatnya memberi projek kepada ahli yang tidak berjiwa Rakyat? Atau berjiwa yang sebenarnya.- Berkhidmat Untuk agama , bangsa dan tanah air.

Seringkali kita dengar, pemberian tender di beri kepada ahli ekspres yang hanya mahukan projek sahaja tanpa mengira mengira perasaan wira2 yang tidak di dendang ( unsung heroes)  yang bertungkus lumus dan kebanyakkannya tidak ada apa2pun namun masih kuat berkempen untuk BN tanpa mengira balasan.