Isu sekolah ini telah dibincangkan diperingkat COBARA hampir setahun yang lalu dan Bahagian UMNO beberapa yang lalu. Walaupun Azmin Ali telah mengumumkan satu sekolah akan dibina di Ukay Perdana, tetapi pada hakikatnya kawasan ini bukanlah terletak di Mukim Bukit Antarabangsa. Ini hanya penyelesai short cut. Dan kaedah ini pun telah dipastikan oleh UMNO beberapa tahun yang lalu.
COBARA, dimana saya selaku timbalan pengerusinya, telah membuat satu rumusan bahawa tapak yang dicadangkan dulu adalah tidak realistik kerana tempat itu dicadangkan untuk di tempatkan di dua tempat yang kecil iaitu berdepan dengan Sinaran UKay di laluan kecemasan semasa tanah runtuh bersebelahan dengan Athenaeum.
Satu lagi cadangan adalah di kawasan Al-Kafa dan berdepannya. Tetapi tanah di depan al Kafa ini adalah tanah persendirian. Oleh kerana tuan milik sudah diketahuan maka harga pun naik.
Lebih dari itu ada pulak khabar angin ada anasir kurang sihat dari pihak PKR yang telah menjadi ejen dan harga berganda ke lingkungan RM15Juta.
UMNO setempat telah membawa isu ini dan dibincangkan. Rumusan telah dibuat sekiranya ada tanah maka UMNO akan cuba mendapat perhatian dari Kerajaan untuk membeli tanah itu dari pemiliknya.
Setakat ini satu tanah telah dikenalpasti dan telah diusulkan untuk megenalpasti status tanah itu.Kita bedoa agar usaha ini berjaya demi untuk anak2 kita di Bukit Antarabangsa.
No comments:
Post a Comment